Sejarah Sekolah

   Sekolah ini telah dibuka pada tahun 1969 dengan nama Sekolah Kebangsaan Rantau, Negeri Sembilan. Pada masa itu, sekolah ini hanya mempunyai murid-murid seramai 100 orang dan seorang Guru Besar dengan dibantu oleh tiga orang guru terlatih. Pada asalnya sekolah ini merupakan sekolah beraliran Inggeris yang pertama di kawasan Rantau. Sekolah ini telah didirikan atas cadangan wakil rakyat yang ketika itu YB. Ayakanoo bersama penghulu En. Mansor bin Pawi.Pada mulanya sekolah ini hanya mempunyai sebuah bangunan yang menempatkan sebuah pejabat dan dua buah bilik darjah.

   Pada tahu 1970 sekolah ini telah ditukarkan namanya kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Rantau atas dasar Kementrian Pendidikan yang inginkan semua sekolah beraliran inggeris ditukarkan kepada sekolah rendah kebangsaan dengan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar. Pada tahun 1978 sebuah bangunan dua tingkat telah didirikan dan dirasmikan pada 21 Oktober 1978 oleh YB. Dato` Rais Yatim, Menter Besar Negeri Sembilan Darul Khusus. Selain itu sekolah ini telah ditukarkan nama kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Rantau (B) Jalan Linsum.

   Pada 23 Mei 1998 Kementerian Pendidikan telah meluluskan nama baru sekolah ini kepada Sekolah Dato' Raja Melana sempena nama pangkat ketua adat kawasan ini sehingga sekarang. Kebanyakkan murid di sekolah ini datangnya dari Kg. Linsum, Kg Pasir dan sekitar Rantau. Pada Ogos 2009 bangunan lama telah dirobohkan oleh kontraktor yang dilantik oleh Kementerian Pendidikan untuk diganti dengan bangunan 3 tingkat di jangkakan siap pada 2010 bulan lapan. Dengan terbinanya bangunan ini akan memberi keselesaan pada guru-guru dan murid-murid menuntut ilmu.

No comments:

Post a Comment